sTalkeR in..

free html visitor counters

Friday, February 24

Akulah hari kalian nantikan

kalian ingat hari lahir kalian? ya! mana mungkin kalian melupakannya. setiap hari, ada saja nyanyian hari lahir bergema di atas muka bumi ini. apa lagi hari penting yg kalian ingati? hari perkahwinan? hari perayaan? bahkan hari kematian? teruskan kalian bergembira dan mengingati hari2 itu. sayangnya, ramai yg telah melupakan aku. ramai yg tidak mengenali aku bahkan ada yg terlupa untuk berkenalan denganku. tahukah kalian, aku adalah hari yg pasti akan muncul dan akan kalian temui suatu masa nanti. aku lebih besar daripada hari2 yg kalian nantikan saban tahun. aku lebih hebat daripada hari2 yg kalian banggakan. aku Adalah hari yg lebih wajib untuk kalian kenali dan ingati. tatkala aku tiba nanti, kalian tidak akan dapat lari bahkan bersembunyi sekalipun. aku akan 'memanggil' kalian untuk berhimpun. akan kusediakan sebuah padang bagai hamparan putih yg luas terbentang, tidak berbukit bahkan tidak juga bulat seperti bumi. hamparan itu seluas mata memandang,tiada penghujung. jangan gusar, berjuta2 kalian mampu dihimpunkan di atas hamparan itu. kalian akan dikumpulkan, berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa seurat benang. suami? isteri? anak? ibu? ayah? semua itu akan kalian lupakan. tiada malu, tiada kenalan. hanyalah nasib kalian semata2. pada hari aku tiba, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya. langit akan pecah dengan bunyi yg menakutkan. lalu muncullah semula matahari dengan kepanasan yg berganda, seakan hanya sejengkal dari ubun kalian. kalian akan saksikan keadaan kalian yg bermacam2. ada yg berupa kera kerana suka menabur fitnah. ada pula yg berupa khinzir kerana suka makan rasuah dan melalaikan solat. ada pula yg mengalir daripadanya nanah serta darah yg busuk dan menikam2 lidahnya sendiri-mereka adalah golongan yg mengajar tetapi tidak sama seperti yg diucapkan. terdapat pula golongan kalian yg telapak kakinya terletak di dahi dan terikat pada ubun mereka yg mana lebih busuk daripada bangkai! merekalah golongan yg sanggup membeli dunia dengan memperalatkan agama. ada pula yg jalannya tidak lurus, terhuyung-hayang bagai orang mabuk-mereka inilah yg menyimpan harta dari membelanjakan ke jalan allah. ada pula golongan yg tidak bertangan dan berkaki kerana suka menyakiti orang sekelilingnya. ada juga golongan yg perut mereka dipenuhi ular dan kala jengking yang sentiasa menyengat, itulah org yg tidak mengeluarkan zakat. juga golongan yg mulutnya sentiasa mengalir darah yg berbau amat busuk kerana suka berbohong dalam perniagaan. terdapat juga golongan yg terasing dan badannya lebih busuk daripada bangkai, inilah mereka yg menyembunyikan maksiat. ada pula yg terpotong halkumnya, terpisah daripada lehernya-inilah golongan yg berbohong sebagai saksi. terdapat juga mulutnya yg tiada berlidah,yakni mereka yg malas mengucap kalimah syahadah. segolongan yg lain akan berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas,darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluannya, inilah golongan yg suka berzina. golongan lain pula, mukanya hitam dam perutnya dipenuhi api. inilah mereka yg suka makan harta anak yatim. ada pula yg lidahnya terjelir panjang hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa mngalir dari perutnya, inilah org yg suka minum arak. banyak! dan banyak lagi golongan yg akan muncul pada hari ketibaanku kelak. tiada terdaya untuk kuceritakan,dan tidak akan tergambar oleh kalian. inginkah kalian tahu siapa aku? yaa!! akulah PADANG MAHSYAR!!! hari pengadilan kalian semua! hari aku akan tiba untuk menemui kalian. aku adalah sesuatu yg pasti akan kalian temui. apabila aku tiba, langit akan terbelah. turunlah Arasy yg akan dipikiul oleh malaikat ke bumi ini. kalian semua akan menundukkan kepala kerana ketakutan. waktu itu, akan berterbanganlah kitab amalan kalian dari bawah Arasy menuju ke leher setiap pemiliknya. akan tergantunglah kitab itu di leher kalian menanti untuk dihisab. neraca timbangan akan digunakan untuk mengira amalan kalian. neraca itu amat besar, mempunyai satu tiang dengan dua daun di kiri dan kanannya. satu daun bercahaya untuk menimbang pahala, manakala daun yg satu lagi gelap warnanya untuk menimbang dosa. sewaktu kalian dihisab, mulut akan dipateri. yg akan berkata2 hanyalah tangan, kaki dan anggota tubuh menjadi saksi. tiada dolak-dalik, tiada hujah penipuan. semua akan diadili dengan bijaksana.setelah kalian selesai dihisab,kalian akan diarahkan melintasi TITIAN SIRATUL MUSTAQIM menuju ke syurga. lebar titian ini bagaikan sehelai rambut dibelah tujuh. di bawahnya terbentang gapaian api neraka. ada antara kalian yg melintasinya bagaikan kilat, seperti angin, dengan tunggangan binatang korban mahupun berjalan kaki. ada yg melepasinya, ada pula yg terjatuh ke dalam api neraka di bawahnya. seribu org yg menitinya, hanya seorang yg akan berjaya sampai ke penghujungnya!.....itu serba sedikit huraian tentang hariku. hariku amat istimewa. hariku adalah hari pengadilan! hanya sekali! tiada dua! tiada yg ketiga kalinya. malah aku semakin 'rindu' mahu menemui kalian. tidakkah kalian juga amat menantikan kedatanganku? sabarlah... aku yg bernama HARI MAHSYAR pasti akan datang bertemu kalian...

"dan sesungguhnya, kamu sekarang telah datang kepada Kami dengan keadaan sebatang kara seperti keadaan Kami ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dulu, tidak berkain baju, tidak berkasut, tidak berkhatan dan tidak berharta benda." - (surah al-An'am: ayat 94)


:: DIAMBIL DARI MAJALAH MASTIKA MAC 2012 M/S 64-66

>>>> sama2 lah kita hayati maksud di dalam cerita tadi :) dan sama2 lah kita memperbaiki diri dengan memperbanyakkan amalan baik, memperbaiki akidah dan menjauhi segala larangan-Nya.. semoga kita semua adalah orang2 yg berjaya melintasi titian siratul mustaqim yg sampai ke syurga kelak, insyaallah