sTalkeR in..

free html visitor counters

Monday, November 21

tidurku pada malam ini berbantalkan air mata bertemankan hati luka..

ni bukan mengenai lelaki/boifren/someone special boy friends.. tapi ni mengenai SAHABAT.. ya allah.. aku ada dengar khabar dari someone.. memang buat aku terpinga untuk seketika... aku rasa down betul.. sgt2 down sebab xsangka yg dia mcm betul2 sakit aty dgn aku... so dgn diri aku yg down malam ni..sangat2 down.. trus aku buka beberapa link 'mutiara hati' ..di sana aku habiskan masa meredakan jiwa aku.. menenangkan fikiran aku.. aku harus ikhlas.. aku tak perlu nak membalas semua tu... aku kena redha.. jadi biarla erk aku post2 sikit mutiara hati dekat sini.. ni yg mutiara hati yg paling aku suka..

...Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

..." Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

..."Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

..." Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

..." Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.( Harieta Wahab)


...JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.


..." Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

..."Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"


..." Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

.
..." USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "


huhu actually banyak lagi..tp cukup lah untuk malam ini... ayat2 tu semua cukup meredakan keadaan dan emosi aku sekarang.. bukan untuk saya sahaja..tp untuk sesiapa yg membacanya.. sama2 lah kita mencari kebaikan dari apa yg diperkatakan dalam mutiara hati tersebut....kebanyakkan nya ayat2 tu semua berpandukan saidina ali.. dan semua tu saya copy paste sahaja ..saya langsung tiada ubah satu ayat pun mahupun huruf besar huruf kecik..semua saya copy paste seja..so jgn salah anggap coz ada ayat yg semua capital letter tu pun saya copy paste jugak.. bukan saya ubah.. takut ada yg salah fhm :)

marilah kita renungkan bersama mengenai ayat2 manis di atas.. sungguh membuatkan rasa diri kita kecil sahaja.. phuuu...